Kepada Pelanggan yang Dihargai,
Kami telah dimaklumkan bahawa terdapat kumpulan WhatsApp dan Telegram di mana pihak yang tidak dibenarkan menyalahgunakan logo dan nama TotalEnergies untuk aktiviti yang disyaki sebagai penipuan. Kami ingin menjelaskan bahawa kumpulan ini tidak dikendalikan atau mempunyai sebarang kaitan dengan TotalEnergies Marketing Malaysia atau syarikat TotalEnergies.
Harap maklum bahawa TotalEnergies tidak akan meminta maklumat sensitif melalui e-mel atau panggilan telefon. TotalEnergies menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak menjadi mangsa aktiviti penipuan.
Cara melindungi diri anda:
Jangan membalas e-mel atau panggilan telefon yang mencurigakan.
Sahkan maklumat penghantar dan perhatikan sebarang tanda yang luar biasa.
Hubungi TotalEnergies Marketing Malaysia secara langsung melalui saluran rasmi berikut jika anda menerima sebarang komunikasi yang mencurigakan.
🔗 Laman Web: https://totalenergies.my/
📢 Facebook: https://www.facebook.com/TotalEnergiesMalaysia/
📢 Instagram: https://www.instagram.com/totalenergies_my/
Terima kasih atas perhatian dan sokongan berterusan anda.
TotalEnergies Marketing Malaysia